Mencipta Video Merdeka?



 
Terma dan syarat pertandingan

     
1. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri
          daripada empat (4) orang pelajar.
      2.
Penyertaan mesti dihantar selewat-lewatnya pada 7 September 2011 kepada
          Sekretariat Pertandingan seperti yang dinyatakan di bawah. Penyertaan yang lewat
          daripada tarikh tutup tidak akan diterima.
      3. Penyertaan hendaklah diantara 3-5 minit.      4. Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau
          mesej khidmat awam.
      5.
Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan
          tidak menyinggung mana-mana pihak.
      6.
Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-
          mana festivel filem/video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
      7.
Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
      8.
Penyertaan adalah percuma.
      9.
Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi
          penerimaan
akan dikeluarkan oleh Sekretariat Pertandingan Mencipta Video
          Merdeka kepada pihak Sekolah.
    10.
Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
    11.
Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.
    12.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak
          asli/diciplak.
    13.
Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik
          balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
    14.
Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan  
          dilayan.
    15.
Hakcipta produksi adalah hakmilik peserta. Peserta mestilah membenarkan
          Sekretariat Pertandingan Mencipta Video Merdeka menggunakan produksi tersebut
          bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
    16. 
Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap video penyertaan bagi
          tujuan penyiaran.
    17.
Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan
          dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
    18.
Borang Penyertaan hendaklah disertakan dengan:
           a. Biodata peserta
           b. 2 salinan DVD produksi yang telah dilabel (lihat contoh seperti di borang penyertaan)
           c. Perakuan dari pihak Sekolah
           d. Perakuan penyertaan adalah kerja asli
    19.
Penyertaan perlu dihantar melalui perkhidmatan pos atau kurier ke alamat 
         berikut
:

           Sekretariat Pertandingan Mencipta Video Merdeka
           Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
           63000 Cyberjaya
           Selangor Darul Ehsan


Untuk maklumat lanjut ,sila layari ke laman web dibawah,
http://www.skmm.gov.my/index.php?c=public&v=art_view&art_id=887 

Comments

Popular posts from this blog

IPHONE PREORDER NI BOLEH DIPERCAYAI KE?

Hobi Baru :D

Maharaja Lawak Mega 2012