IPHONE PREORDER NI BOLEH DIPERCAYAI KE?

Setelah 2 tahun meninggalkan blog ini,Kini admin nak buat artikel tentang Iphone yang menjadi kegilaan para remaja pada zaman globalisasi ini.

iphone  watch series preorder guide plus lineup

Mesti ramai yang selalu nampak iklan tentang Iphone preorder ni kn?Dekat Instagram,Facebook,Wechat dan lain-lain.Kemudian timbul tanda tanya sama ada perkara ini betul atau tidak dek kerana harga yang ditawarkan amat murah berbanding harga di pasaran.

APA ITU PREORDER?

Preorder ni secara ringkasnya ialah anda perlu membuat pembayaran penuh dan tunggu.
Simple kan?
Setakat ni ada 2 jenis preorder Iphone yang popular iaitu Preorder berbulan-bulan ataupun Preorder 2 weeks .
Preorder 2 weeks ni memang tipu.Kalau nak cuba boleh cuba tapi jangan cakap #AbangTakNasiha hahahha.


Image result for iphone preorder instagramImage result for iphone preorder instagram comment


Kalau anda lihat diatas ni,lebih kurang begitulah iklan yang selalu berlegar-legar di halaman instagram anda.

Kenapa harga yang ditawarkan sangat murah?Seller ada untung ke buat macam tu?

Harga dia murah kerana :
  • Selepas membuat bayaran penuh, Pembeli perlu menunggu 8-14 minggu hari bekerja untuk Iphone tersebut tiba ditangan anda. ( 14 minggu tu pun belum tentu lagi.Admin dah setahun tunggu)
  • Iphone preorder hampir semua merupakan Refurbished set.
  • Peratusan untuk terima phone yang bermasalah amat tinggi jika pihak seller/supplier/agent tidak melakukan Quality Check (QC)
Walaupun tempoh menunggu agak lama,tetapi masih ramai yang sanggup tunggu kerana faktor harganya yang amat murah termasuk dengan Admin :(

TETAPI 

Admin bersama buyers yang lain telah ditipu.Hampir semua IG Shop,Agent.
Walaupun kami membeli dari Agent2 yang berbeza,tetapi mereka semua ambil stock daripada supplier yang sama.
Apakah alasannya?
Supplier bawa lari duit.So,sekarang memang banyak IG Shop yang famous tengah down sebab kes Iphone preorder yang terbaru ni.Ada yang rugi sampai berpuluh ribu beb bukannya sikit tu.
Details supplier semua ada.Seorang wanita yang masih muda.Maklumat diperolehi berdasarkan no account bank supplier.

PERINGATAN/AMARAN 

Kalau boleh buat masa sekarang elakkanlah membeli Iphone preorder ni.Tak kisahlah dari agent manapun sebab kebanyakkannya ambil dari supplier yang sama.Walaupun harganya murah tetapi risikonya amat tinggi.
Better beli used Iphone yang ori.Takpun beli refurbished set yang ready stock.

Coretan admin ini bukanlah berniat untuk menjatuhkan bisnes mana-mana pihak tetapi bertujuan ingin mengingatkan kepada semua agar lebih berhati-hati.

*Kalau ada apa-apa maklumat,pertanyaan atau cadangan boleh comment

Terima kasih kerana sudi membaca.




Comments

  1. saya juga sudah terlibat dalam scam ni sebagai dropship.. sekarang masih dihantui oleh customer.. apakah lagi cara yang saya boleh lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hobi Baru :D

Maharaja Lawak Mega 2012